Carian
Kelak Anda Boleh Menyertai Pelaburan Bursa Saham Melalui Dompet Digital TNG eWallet
October 10, 2023 Aman

Bursa Malaysia Berhad, TNG Digital dan Affin Hwang Investment Bank hari ini mengumumkan kerjasama – dimana melaluinya kelak pengguna boleh menyertai aktiviti dagangan melibatkan pasaran saham Malaysia, terus melalui platform Touch n Go Digital.

Dengan langkah ini, ia dijangka akan memudahkan lebih ramai menyertai aktiviti jual-beli pasaran saham di Malaysia, dan pada masa yang sama membuka peluang kepada lebih ramai menyertainya dengan mudah dan pantas.

TNG Digital berkongsi kelak melalui pengenalan cirinya tidak lama lagi, orang ramai boleh melabur dan memantau pelaburan saham mereka melalui ciri GOInvest pada aplikasi berkenaan. Ia juga akan menyertakan sokongan data pasaran masa-nyata melalui aplikasi berkenaan.

Selain akses ke ciri jual-beli dan pemantauan saham, sejumlah kandungan berbentuk mendidik orang ramai berkenaan pasaran saham dan pelaburan juga akan disertakan melalui aplikasi TNG eWallet ini kelak.

Platform pelaburan saham ini dijangka tersedia pada platform TNG Digital pada awal 2024 kelak.

Komen