Sony hari ini membuat kejutan dengan memperkenalkan PlayStation 5 model baharu yang bakal dipasarkan pada penghujung 2023 ini. Konsol baharu ini hadir dengan saiz sedikit pendek dan kecil berbanding model asal sebelum ini.

Menurut Sony, isipadu konsol baharu ini dikurangkan 30% – membawa kepada saiz sedikit kecil dan lebih ringan. Pada masa yang sama, menariknya pada konsol baharu ini ia membawakan rekaan pemacu cakera yang boleh ditanggalkan.

Ini sekaligus membolehkan anda membeli PS5 Digital Edition versi baharu, dan seterusnya menambah pemacu cakera Ultra HD Blu-ray pada kemudian hari.
Konsol baharu ini juga turut akan hadir dengan storan terbina 1TB. Sony dijangka menjual konsol baharu ini bermula November 2023 ini.