Carian
TikTok Kini Memudahkan Penerbitan Kandungan Terus Dari Adobe, Twitch Dan Capcut
October 11, 2023 Aman

TikTok kini mengumumkan ciri Direct Post yang membolehkan pembangun platform untuk mengintegrasikan sokongan bagi membolehkan pengguna terbitkan kandungan terus dari platform mereka ke TikTok tanpa perlu memuat-naik secara manual.

Dengan langkah ini, ia sekaligus terus memudahkan lagi orang ramai untuk berkongsi kandungan dengan mudah – sejurus selepas melakukan penyuntingan, atau dari platform sosial lain.

Untuk fasa pengenalan ini, TikTok menyatakan beberapa platform telah mengintegrasikan sokongan ini, termasuk Adobe Premiere Pro, Adobe Express, CapCut, DaVinci Resolve, dan juga Twitch.

Komen