Google Meet adalah antara platform telesidang kegemaran kami. Malah setiap mesyuarat bulanan biasanya akan menggunakan platform ini. Masalah yang kerap dihadapi adalah resolusi video yang terhad kepada 720p walaupun menggunakan kamera web 4K.
Terbaru, Google Meet mula menyokong panggilan video berkumpulan dengan resolusi 1080p. Walau bagaimanapun ciri ini dimatikan secara lalai dan hanya boleh digunakan apabila pengguna menggunakan kamera web yang beresolusi tinggi seperti Jabra PanaCast 20.

Pada masa yang sama, kandungan skrin yang dikongsi turut kini menyokong resolusi 1080p berbanding 720p. Cuma buat masa ini, ciri panggilan video berkumpulan 1080p ini terhad kepada pengguna perusahaan sahaja. Pengguna biasa buat masa ini terhad kepada panggilan individu jika melanggan Google One 2TB.
- Sumber