DJI telah mengumumkan Zenmuse L2 baharu yang direka khusus untuk kegunaan dan keperluan pemetaan udara yang tepat. Pengenalannya juga disasarkan buat golongan professional yang memiliki dron RTK Matrice 300 atau Matrice 350 RTK DJI untuk keupayaan pengumpulan data 3D yang lebih baik. Di samping turut serasi digunakan dengan perisian DJI Terra untuk pemprosesan data yang lebih generik.
Seterusnya sensor LiDAR, sistem IMU yang dibangunkan sendiri, kamera 4/3 CMOS RGB dan gimbal tiga paksi juga melengkapi dron ini. Sistem IMU tersebut dikatakan mampu menawarkan peningkatan julat pengesanan sehingga 30% lebih baik baik berbanding model sebelumnya. Selain daripada itu, ketinggian operasi juga kini dilanjutkan sehingga 120 meter, sementara itu kadar pelepasan titik awan pula boleh mencapai maksimum 240,000 mata sesaat.
Kamera 4/3 CMOS RGB yang digunakan juga didatangkan dengan pengatup mekanikal dan saiz piksel mencapai 3.3 μm untuk penghasilan kualiti pengimejan lebih baik. Terdapat juga sokongan ciri 5 Returns yang membolehkan lebih banyak data diambil dalam kawasan yang padat, di samping turut serasi digunakan bersama DJI Pilot 2 untuk pelbagai mod paparan operasi semasa.
Butiran lanjut mengenai harga jualan dan tarikh ketersediaan masih belum didedahkan buat masa ini.