AMD Mengambil-alih Pembangun Perisian AI Sumber Terbuka Nod.ai
Nazrin
Kemasukan AMD didalam arena kecerdasan buatan bukanlah sesuatu yang baru. Penawaran cip pemprosesan Ryzen AI, EPYC dan Radeon dilihat telah memanfaatkan pelbagai pihak sebagai pilihan tambahan untuk keperluan pemprosesan pembelajaran mesin dan kecerdasan buatan mereka.
AMD kini telah mengumumkan bahawa mereka akan mengambil-alih syarikat pembangun perisian AI sumber terbuka Nod.ai yang membolehkan AMD untuk membangunkan perisian kecerdasan buatan untuk mengoptimasikan pelbagai teknologi kecerdasan buatan mereka yang sedia ada, seperti AMD Instinct dan juga cip-cip pemprosesan mereka yang dimanfaatkan untuk tujuan tersebut.

Nod.ai dikenali untuk perisian SHARK mereka yang membantu dalam mempercepatkan pengoptimasikan sistem pembelajaran mesin dan kecerdasan buatan menggunakan automasi, membolehkan pengaturcara dan penyelidik untuk melakukan penyelidikan dan tugas yang lebih penting.
Pengambilalihan Nod.ai oleh AMD ini dilihat sebagai sebuah pelaburan terhadap pembangunan platform perisian AI mereka untuk digabungkan dengan penawaran perkakasan dan komponen mereka. Butiran pengambilalihan ini tidak diumumkan lagi, tetapi beberapa laporan telah melaporkan bahawa AMD melaburkan $36.5 juta (~RM172 juta) untuk membawa masuk 1500 jurutera AI kedalam syarikat tersebut.
[sumber]Reuters[/sumber]