Micron, syarikat pembuat komponen memori terkemuka baru-baru ini telah memperlihatkan penawaran memori terbaru mereka, iaitu cip memori 16Gb DDR5 yang tampil dengan kelajuan data setinggi 7200MT/s yang boleh dimanfaatkan dalam pelbagai jenis penawaran komponen memori, dari komputer riba pengguna hinggalah ke adikomputer yang dimanfaatkan untuk tujuan pemprosesan data dan juga latihan kecerdasan buatan.
Memori 16Gb DDR5 terbaru ini dibangunkan menggunakan proses 1β yang dilancarkan pada tahun lepas, dan memperlihatkan kebolehan untuk beroperasi pada kelajuan 7200MT/s dan boleh digunakan dalam pelbagai jenis konfigurasi memori, dari LPDDR5X untuk peranti pintar, DDR5 untuk komputer riba dan desktop, HBM3E dan GDDR7 untuk pelbagai jenis kad grafik, dari untuk komputer gaming sehinggalah komputer pusat data dan adikomputer.

Micron juga menjanjikan peningkatan prestasi sebanyak 50 peratus secara keseluruhan dan kecekapan penggunaan kuasa 33 peratus lebih baik berbanding dengan memori yang dikeluarkan oleh mereka sebelum ini, yang membolehkan mana-mana komputer yang menggunakan memori ini untuk
Syarikat-syarikat pembuat komputer seperti ASUS sudahpun menyatakan ketersediaan mereka untuk menggunakan penawaran memori Micron terbaru ini didalam komputer-komputer riba produktiviti dan gaming mereka.
Ampere Computing mengatakan memori DDR5 1β Micron ini juga sedia digunakan didalam mesin pelayan dan adikomputer mereka dalam masa yang terdekat ini kerana kecekapan dari segi penggunaan kuasa dan juga prestasi yang jauh lebih baik berbanding apa yang digunakan mereka setakat ini.
Micron dilihat sudahpun mula mengeluarkan memori 16Gb DDR5 1β secara besar-besaran, dan ia dijangka akan dijual kepada syarikat-syarikat pembuat komputer dalam masa terdekat ini.