Carian
Sarawak Berhasrat Hasilkan Robot Untuk Membantu Manusia Dalam Aktiviti Harian
October 11, 2023 Aman

Premier Sarawak hari ini berkongsi hasrat untuk Sarawak menghasilkan robot tersendiri, dalam usaha membantu manusia dalam aktiviti harian. Perkongsian ini hadir inspirasi melihat kepada robot jururawat “Grace The Robot” yang diperlihatkan ketika acara Kongress Inovasi dan Teknologi Dunia Ke-27 yang berlangsung di Sarawak baru-baru ini.

Arena robotik sedia menerima perhatian ramai kebelakangan ini, dimana terdapat sejumlah syarikat yang memfokuskan kepada pembangunannya. Turut tidak ketinggalan juga dalam arena ini adalah nama-nama besar seperti Tesla dan Xiaomi.

Sarawak bersedia untuk memberi peruntukkan kepada projek penghasilan robot berkenaan.

Robot boleh digunakan dalam sejumlah perkara yang membantu manusia, termasuk dalam pengeluaran, pengilangan, kesihatan, dan sebagainya.

Dengan perkembangan terbaru ini, sama-sama kita nantikan syarikat-syarikat robotik yang akan berpengalan di Sarawak dan membangunkan industri berkenaan di negeri tersebut.

Komen