Carian
OPPO Find N3 Flip – Peranti Kompak Mesra Poket Kini Boleh Dipra-Tempah Di Malaysia
October 11, 2023 Syafia Hani
  • Teks Asal – Farah Izzati

Jika dahulu kita mengimpikan telefon dengan skrin sesentuh, kini inovasi berganti inovasi, teknologi telah melahirkan pula telefon boleh lipat yang semestinya mudah untuk dibawa kemana-mana kerana ia kompak dan menjimatkan ruang. Pergerakan arus teknologi yang semakin berkembang ini membuatkan ramai pengguna menanti-nantikan sebarang kejutan dari semua jenama telefon pintar di seluruh dunia.

Oleh itu, OPPO juga tidak melepaskan peluang untuk membantu pengguna untuk merasai sendiri pengalaman menggunakan telefon yang mempunyai ciri unik melalui OPPO Find N3 Flip. Penawaran OPPO kali ini bakal membuatkan anda tidak berhenti memikirkan perihalnya dan amat sesuai buat anda yang menginginkan peranti kompak dengan pelbagai fungsi. Jadi, ini merupakan tiga keunikan pada OPPO Find N3 Flip yang perlu anda tahu sebelum membeli.

Sistem Tri-Kamera Pertama Untuk Telefon Boleh Lipat

Menyentuh pada keunikan pertama yang terdapat pada telefon pintar boleh lipat ini adalah kameranya. Didatangkan dengan sistem tri-kamera yang canggih dimana ia dapat mengambil gambar sudut ultra lebar dan telephoto dengan begitu cantik sekali. Untuk menambah nilai kepada keunikan yang sedia ada, OPPO Find N3 Flip merupakan telefon pintar boleh lipat yang pertama yang mempunyai sistem tri-kamera dan telephoto seperti ini dimana ia mampu untuk menaiktaraf pengalaman fotografi anda. Bagi anda yang suka mengambil gambar terutamanya ketika cahaya rendah, OPPO Find N3 Flip merupakan telefon yang sesuai untuk mengabadikan gambar.

Bukan itu sahaja, dengan kemampuan sistem tri-kamera ini, anda dapat mengambil gambar potret dengan hasil perincian yang sangat baik. Selain itu, dengan adanya kamera ultra sudut lebar yang turut ditawarkan, anda juga boleh mengambil gambar landskap dengan lebih luas tanpa perlu berusaha lebih. Ini turut menjadikan gambar yang diambil tampak lebih memuaskan dan mampu memuatkan sebahagian besar subjek yang berada dihadapan mata. Prestasi kamera telefoto juga tidak kurang hebatnya kerana hasil gambar yang diambil kelihatan tajam tanpa mengurangkan kualitinya.

Skrin Hadapan Yang Luas Dan Memuaskan

Untuk menambah lebih keseronokan yang sedia ada, skrin hadapan OPPO Find N3 Flip ini juga menawarkan pengalaman penggunaan yang memuaskan. Ini termasuklah OPPO kini menawarkan integrasi lebih baik kepada lebih 80 aplikasi pihak ketiga untuk skrin hadapan. Ini bermakna anda bukan sahaja boleh membaca notifikasi semata-mata, malahan turut boleh menggunakan banyak aplikasi Google seperti Maps, Wallet dan Gmail. Tidak berhenti disitu sahaja, anda juga boleh menetapkan sendiri skrin hadapan dengan memilih Flipping Zoo iaitu haiwan peliharaan 3D mengikut kesukaan anda. Dengan ini, ia menjadikan pengalaman penggunaan anda lebih menyeronokkan dan memuaskan.

Bukan itu sahaja, buat anda yang inginkan swafoto bersama rakan tercinta, telefon pintar ini merupakan pilihan yang tepat kerana anda boleh mengambil gambar swafoto berkualiti tinggi menggunakan kamera ultra sudut lebar sambil melihat diri anda pada skrin hadapan. Ini menjadikan swafoto yang diambil tampak lebih luas, muka tidak kelihatan herot dan paling penting sekali, boleh memuatkan swafoto berkumpulan. Apabila menyentuh mengenai swafoto, pasti tripod berada di fikiran kerana ingin memuatkan seberapa banyak orang bersama tanpa lenguh tangan. Jadi, dengan telefon pintar boleh lipat ini anda tidak perlu lagi menggunakan tripod untuk berswafoto kerana anda hanya perlu melipat separuh badan telefon anda dan meletakkannya di atas permukaan rata sambil menghalakan kamera utama kearah anda. 

Lipatan Skrin Yang Hampir Tidak Menampakkan Cela

Seterusnya, apabila bercakap soal telefon boleh lipat pula, semestinya isu kesan lipatan ketara menjadi kegusaran utama yang harus dititikberatkan kerana ia sedikit sebanyak memberikan kesan kepada pengalaman penggunaan anda. Namun, anda tidak perlu risau kerana dengan adanya inovasi teknologi yang diciptakan oleh OPPO sendiri, kesan lipatannya hanya minimal sahaja. Penggunaan inovasi teknologi seperti ini merupakan kelainan dari pihak OPPO sendiri kerana ia sekaligus menjadikan ia sebagai telefon pintar yang mampu memberikan anda pengalaman memuaskan ketika menatal ataupun ketika menonton drama berseorangan. 

Kesimpulannya

Kesimpulannya, tidak dapat disangkal lagi bahawa OPPO Find N3 Flip ini merupakan telefon pintar yang berbaloi untuk dimiliki. Mengambil kira dari sudut ciri-ciri telefon yang memuaskan, ia semestinya mampu memberikan anda pengalaman yang lain daripada yang lain. Saiznya yang begitu kompak dan mudah digenggam menjadikan ia sebagai satu nilai tambah kepada keistimewaannya yang sedia ada. 

Jadi, tunggu apa lagi? Ayuh bersama-sama menjadi antara orang yang terawal memiliki generasi telefon pintar terbaharu dari OPPO dengan mengisi borang yang disediakan dan anda turut berpeluang untuk mendapatkan rebat sehingga RM200 khusus untuk pra-tempah sahaja.

  • Pra-Tempah:

Penafian: Advertorial daripada OPPO Malaysia

Komen