Kecerdasan buatan (AI) digunakan untuk menghasilkan imej, membantu proses penulisan dan melakukan pengesanan sel kanser lebih pantas. Di Google, mereka menggunakan AI untuk mengurangkan masa berhenti di lampu isyarat di bandar-bandar utama dengan tujuan mengurangkan pencemaran.
Menerusi ujian yang telah dilakukan, Project Green Light berjaya mengurangkan masa yang dibazirkan berhenti di lampu isyarat sehingga 30%. Dengan kenderaan lebih banyak bergerak, ini turut mengurangkan pencemaran udara di persimpangan jalan sehingga 10%. AI Project Green Light mengawal lampu isyarat berdasarkan data penggunaan kenderaan harian yang dikumpul menggunakan Google Maps. Dengan ini masa lampu isyarat bertukar dioptimumkan bagi mengurangkan pembaziran masa.

Proejct Greenlight kini digunakan di 12 bandar iaitu Seatte, Rio de Janeiro, Manchester, Hamburg, Budapest, Haifa, Bangalore, Abu Dhabi, Hyderabad, Kolkata, Bali dan Jakarta. Google mengalukan-alukan permohonan dari bandar-bandar lain berminat untuk turut serta dalam ujian Project Green Light.