Opera Kini Membolehkan Anda Melatih Aria AI Untuk Mengikut Gaya Penulisan Anda
Aman
Opera sedia mempunyai kecerdasan buatan yang dibangunkan oleh mereka sendiri, dinamakan sebagai Aria. Ia diintegrasikan terus pada pelayar web, sekaligus memudahkan pengguna dalam melakukan sejumlah perkara.
Salah satu perkara yang turut boleh dilakukan adalah kebolehan untuk ia menulis dan digunakan teks berkenaan dalam membalas atau sesuatu perkara. Dalam usaha mengelak sesuatu perkara itu membawa gaya seumpama AI, kini Opera turut menyertakan ciri “My Style” – sekaligus membolehkan anda melatih AI berkenaan untuk mengikut gaya penulisan anda.

Proses melatihnya juga adalah mudah, dimana anda perlu memberikan contoh penulisan secara formal, neutral dan juga tidak formal – seterusnya meminta Aria untuk hadir dengan gaya penulisan anda.
Sebaik sahaja selesai, Opera Aria akan boleh hadir dengan pelbagai kandungan dengan gaya seumpama anda – sekaligus memudahkan lagi pelbagai perkara dalam proses pelayaran dan komunikasi.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.