Cari @ Amanz

MYAirline, salah satu penyedia perkhidmatan penerbangan di Malaysia hari ini secara mengejut mengumumkan akan menggantung operasi berkuat-kuasa hari ini, 12 Oktober 2023.

MYAirline menyatakan langkah ini diambil disebabkan oleh tekanan kewangan, dan sedang menantikan penstrukturan semula perkhidmatan penerbangan tersebut. Tiada tarikh diberikan bilakah ia akan kembali beroperasi kelak.

Selari pengumuman ini, MYAirline meminta para penumpang mereka yang terkesan dengan pembatalan penerbangan untuk menghubungi MYAirline melalui emel [email protected]. Pada masa yang sama, para penumpang yang terkesan turut diminta untuk melakukan perancangan lain dalam memastikan urusan perjalanan tidak terjejas.

Buat masa ini, tiada sebarang latar masa diberikan berkenaan dengan bilakah MYAirline akan kembali beroperasi kembali.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd