Carian
Siri Oppo Find N3 Bakal Dilancarkan Secara Global Pada 19 Oktober 2023
October 12, 2023 Amy Maizuraa

Oppo kini mengesahkan bahawa peranti boleh lipat generasi baharunya bakal ke pasaran global pada 19 Oktober 2023. Ia bakal diadakan di Singapuran yang turut boleh disaksikan bersama secara dalam talian menerusi laman Youtube rasmi mereka. Seterusnya perkataan ‘series’ yang digunakan juga memberi petanda boleh terdapat lebih daripada satu peranti yang mungkin diumumkan kelak

Namun yang pastinya, peranti boleh lipat clamshell Find N3 flip menjadi antara yang bakal diumumkan. Melihat secara umum ia memberi tumpuan terhadap prestasi dan sistem kamera yang menyeluruh. Dalam masa sama turut menambahbaik ciri yang sedia ada untuk pengalaman penggunaan lebih baik.

Namun buat masa ini masih tidak dapat dipastikan sama ada peranti ini akan mempunyai perkakasan dalaman yang sama seperti di China atau sebaliknya. Tetapi segalanya akan terjawab selepas dilancarkan secara rasmi kelak.

Komen