Pada pagi ini, MYAirline membuat kejutan dengan mengumumkan menghentikan operasi berkuat-kuasa serta-merta, sekaligus membuatkan pelbagai penumpang mereka yang membeli tiket terjejas dengan perjalanan. Selari dengannya, beberapa pihak telah menyatakan akan menawarkan sokongan, dan salah satu penerbangan adalah Batik Air.
Batik Air menyatakan mereka akan menawarkan kadar tetap khusus untuk para penumpang MYAirline. Antara tiket harga tetap yang ditawarkan adalah untuk perjalanan sehala ke Pulau Pinang pada harga RM129, Langkawi pada harga RM159, Kuching pada harga RM199, dan Bangkok pada harga RM299.
Batik Air meminta pengguna yang terjejas untuk menghantar maklumat tiket MYAirline mereka dan melakukan tempahan melalui emel di [email protected].
Batik Air akan menawarkan promosi tiket harga tetap sehala ini sehingga 30 November 2023, dan tertakluk sekiranya terdapat tiket kosong pada penerbangan berkenaan.