Carian
TikTok Jamin Akan Tingkatkan Kerjasama Dengan Kerajaan Malaysia – Akui Terdapat Kelemahan Dalam Respons
October 12, 2023 Aman

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil hari ini telah mengadakan pertemuan dengan pihak TikTok, dan membincangkan sejumlah perkara berbangkit – terutamanya melibatkan penyebaran berita palsu pada platform TikTok.

Dalam pertemuan berkenaan, Menteri telah menekankan yang mana TikTok perlu beroperasi mengikut garis panduan dan undang-undang Malaysia, disamping lebih proaktif dalam mengekang penularan berita palsu pada platform TikTok.

Mengikut perkongsian pihak Menteri, ia dinyatakan TikTok mengakui terdapat kelemahan dalam respons mereka, dan perkara ini berlaku disebabkan ketiadaan wakil di Malaysia. Pada masa yang sama, TikTok turut memberi jaminan akan tingkatkan kerjasama dengan pihak kerajaan Malaysia.

Komen