Cari @ Amanz

ASUS Malaysia hari ini turut mengumumkan ketersediaan beberapa produk gaya hidup sebagai inisiatif untuk menyediakan pilihan lebih menarik buat pengguna. Antaranya ialah ROG SLASH Sling Bag 2.0 berharga RM359, Duffle Bag berharga RM599 dan Hard-Case Luggage pula bernilai RM999.

Kesemua koleksi ini mendapat sentuhan moden dan juga penggunaan material yang tahan lasak. Selain itu kesemuanya jug sesuai digayakan semua tidak kira lelaki atau wanita. Ketersediaan adalah bermula pertengahan November akan datang menerusi pengedar sah ASUS di seluruh Malaysia.

Penawaran ASUS bukan sekadar itu tetapi turut diikuti dengan produk lain seperti ROG Archer Messenger 14 (RM319), ROG Slash Crossbody (RM409) dan ROG Slash Protective Laptop Bag (RM409). Kesemua produk ini pula sudah boleh dibeli bermula hari menerusi pengedar sah ASUS Malaysia di Lazada dan Shopee.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd