Carian
Permua EA Sports FC Tactical Akan Dilancarkan Tahun Depan
October 12, 2023 Effi Saharudin

Pemainan bole sepak selalunya dalam bentuk aksi dikawal oleh pemain secara aktif atau dalam versi pengurusan taktik. Tetapi hari ini EA mengumumkan EA Sports FC Tactical yang merupakan permainan taktikal yang akan hari ke telefon pintar tahun 2024.

Tiada video permainan dikongsi oleh EA setakat ini. Berdasarkan tangkapan layar EA Sports FC Tactical  adalah permainan di mana pemain mengawal pemain boleh sebenar dengan terdapat pilihan pergerakan yang perlu dilakukan untuk memenangi perlawanan. Terdapat jumlah kuasa yang terhad yang perlu dibelanjakan untuk melalukan aksi di atas padang.

Terdapat 5000 pemain dunia sebenar yang boleh dimainkan dalam EA Sports FC Tactical. Antara liga yang akan dipaparkan pula dalam EA Sports FC Tactical  ialah EPL, La Liga, League 1, Serie A dan Champions League. Permua ini akan ditawarkan secara percuma dengan sokongan pembelian dalam aplikasi.

Komen