Freepik Mengambil-Alih Platform Jual-Beli Gambar, EyeEm
October 12, 2023
Web 2.0
Aman
Freepik merupakan salah satu nama yang tidak asing lagi dikalangan perekabentuk grafik, dimana perkhidmatan berkenaan dituju dalam mendapatkan pelbagai kandungan melibatkan grafik. Terbaru, Freepik terus memperluaskan portfolio mereka dan telah mengambil-alih platform gambar stok atau jual-beli gambar, EyeEm.

Dengan pengambil-alihan ini, ia akan membolehkan Freepik mempunyai akses kepada lebih 160 juta gambar yang tersedia pada pustaka gambar EyeEm.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada penjenamaan EyeEm akan dikekalkan atau sebaliknya. Nilai pengambil-alihan turut tidak dinyatakan buat masa ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.