Carian
OnePlus Open Akan Dilancarkan Pada 19 Oktober – Telefon Boleh-Lipat Pertama OnePlus
October 13, 2023 Aman

OnePlus kini mengumumkan secara rasminya nama telefon pintar dengan skrin boleh-lipat keluaran mereka, iaitu OnePlus Open. Turut diumumkan bersama adalah tarikh pelancaran telefon pintar berkenaan, iaitu pada 19 Oktober 2023.

OnePlus Open menggunakan rekaan seumpama peranti keluarga “Fold” yang dihasilkan jenama lain, termasuk Oppo (syarikat induk OnePlus sendiri). Ia membolehkan pengguna mendapatkannya dan menggunakan dalam bentuk sebuah telefon, atau membukanya untuk mengakses panel paparan lebih besar pada saiz tablet.

OnePlus dijangka menggunakan rekaan telefon boleh-lipat yang lebih nipis berbanding pesaing lain, selain menyertakan sokongan kamera dengan teknologi Hasselblad. Bahagian engsel juga dijangka akan diberikan perhatian yang memastikan telefon boleh ditutup dengan rapat dan kemas.

Dengan perkongsian terbaru OnePlus ini, sama-sama kita nantikan 19 Oktober ini untuk melihat sendiri penawaran teknologi baharu OnePlus Open.

Komen