Beberapa minggu selepas melancarkan Honor Magic V2, semalam Honor Magic Vs2 pula dilancarkan di China. Peranti skrin boleh-lipat ini dikemaskini dengan rekaan yang lebih nipis serta engsel Luban yang diperbuat daripada bahan titanium. Ini ialah engsel yang sama pada Magic V2.
Magic Vs2 hadir dengan skrin luar 6.43″ LTPO OLED 120Hz dan skrin dalaman pula sebesar 7.9″ LTPO OLED 120Hz. Ia dipadankan pula dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1, memori sehingga 16GB RAM, storan sehingga 512GB dan bateri 5000 mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W.
Kamera utama menggabungkan sensor 50MP sudut lebar, 12MP ultra sudut lebar dan 20MP telefoto. Kamera swafoto pula adalah sebesar 16MP. Magic Vs2 menyokong stylus pada skrin luar serta dalam dan masih menggunakan MagicOS 7.2 yang berasaskan Android 13.
Dalam kedudukan terbuka ia hanya setebal 5.1mm dan dalam kedudukan tertutup pula hanya 10.7mm dengan berat hanya 229 gram yang lebih ringan berbanding Magic V2. Di China Honor Magic Vs2 ditawarkan dalam warna Velvet Black, Glacier Blue dan Coral Purple colors.dengan haga bermula RMB 6,999 (~RM4516) sebuah.