Anda mungkin tidak tahu yang Netflix sebelum menjadi platform penstriman video popular, mereka menawarkan langganan untuk filem dalam bentuk DVD. Perkhidmatan ini masih diteruskan sehingga tahun ini dan baru sahaja ditamatkan baru-baru ini.
Terbaru, Bloomberg melaporkan yang Netflix masih ingin menceburi perniagaan di kedai fizikal dengan bakal melancarkan Netflix House. Ia adalah restoran dan kedai menjual barangan Netflix mengikut tema-tema kandungan mereka sama seperti dalam Netflix.shop.
Kedai ini turut akan menyertakan zon imersif untuk mengalami dunia siri TV atau filem Netflix yang sedang hangat seperti acara Balik Terbalik untuk Stranger Things di Menara KL tahun lepas. Netflix House dikatakan akan dibuka di Amerika Syarikat bermula tahun 2025 nanti. Tiada sebarang informasi jika Netflix akan membuka Netflix House di negara-negara lain termasuk Malaysia. Sama-sama kita nantikan.