Carian
JAKIM Mengingatkan Hukum Penggunaan Vape Atau Rokok Elektronik Adalah Haram
October 13, 2023 Aman

Dengan pelbagai perbincangan melibatkan Rang Undang-Undang Generasi Penamat Rokok (GEG), pelbagai pihak yang mula membincangkan kembali berkenaan rokok, rokok elektronik dan juga vape yang boleh memudaratkan kesihatan.

Selari dengannya, kini JAKIM mengeluarkan peringatan kembali, mengingatkan yang mana untuk mereka yang beragama Islam, hukum penggunaan rokok elektronik atau vape ini adalah haram. Hal ini kerana ‘illahnya adalah memudaratkan dan pembaziran.

Disamping menghisap rokok elektronik dan vape, shisha dan shisha stick juga adalah haram kerana mendatangkan mudarat kepada tubuh badan manusia.

Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia sebelum ini telah memutuskan penggunaan rokok elektronik dan vape adalah haram, sejak 2015.

Komen