Apple Malaysia pada awal pagi ini telah mula menawarkan fon telinga nirwayar Apple AirPods Pro 2. Disamping itu, kini Apple turut telah mula menjual jam tangan pintar terbaru mereka untuk pasaran Malaysia, iaitu Apple Watch Series 9 dan Apple Watch Ultra 2.
Apple Watch Series 9 hadir dengan kemaskini pada cip pemprosesan Apple S9, disamping menawarkan ciri seperti menggunakan Siri secara kendiri tanpa perlu berhubung ke telefon pintar.
Apple Watch Ultra 2 pula merupakan jam tangan pintar tahan lasak dan berkuasa-tinggi, hadir dengan sokongan GPS lebih baik, skrin lebih terang, serta sensor khusus yang mengaktifkan ciri mod gelap secara automatik.
Kedua-dua jam tangan pintar ini turut hadir dengan sokongan gestur dwi-tap yang memudahkan pengguna melakukan beberapa perkara dengan pantas tanpa perlu menyentuh skrin.
Di Malaysia, Apple Watch Ultra 2 ditawarkan pada harga bermula RM3799, sementara Apple Watch Series 9 pula ditawarkan pada harga bermula RM1899.