Dalam usaha untuk memperkukuh persekitaran modal teroka di Malaysia, kerajaan melalui Belanjawan 2024 kini diumumkan akan memfokuskan kepada pemusatan agensi modal teroka.
Dengan langkah ini, agensi modal teroka seperti Penjana Kapital dan MAVCAP akan diposisikan dibawah Khazanah Nasional Berhad.
Ini sekaligus akan memudahkan lagi proses memperluaskan pelaburan, selain mengukuhkan lagi persekitaran modal teroka di Malaysia.
Kita mungkin akan mendengar lanjut daripada agensi berkenaan dalam masa terdekat ini.