Perkembangan arena digital turut membawa kepada salah satu masalah yang melibatkan penipuan kewangan. Untuk mengatasinya, kerajaan sedia mempunyai sejumlah inisiatif, termasuk penubuhan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) sebelum ini.
Lanjutan daripadanya juga, Bank Negara Malaysia dengan kerjasama sektor kewangan menyatakan sedang membangunkan Portal Fraud Kebangsaan – dan dijangka siap menjelang pertengahan tahun 2024 kelak.
Portal berkenaan dijangka hadir dengan kebolehan automasi penjejakan dana. Dengan adanya portal ini, ia akan memudahkan lagi tempoh pengesanan, pembekuan dan pemulangan dana bagi mereka yang terkesan.