Carian
Belanjawan 2024: Rebat RM2400 Diumumkan Untuk Pembelian Motosikal Elektrik
October 13, 2023 Fahim Zahar

Dengan perancangan memasang 180 stesen pengecas EV di Malaysia, pembentangan Belanjawan 2024 hari ini turut mengumumkan yang kerajaan akan terus memfokuskan kepada pembangunan industri kenderaan elektrik.

Oleh yang demikian Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik untuk rakyat yang mempunyai pendapatan tahunan kurang RM120 ribu. Skim ini akan memberikan rebat sehingga RM2400 untuk pembeli. Ini secara tidak langsung akan menggalakkan lagi rakyat menerima penggunaan kenderaan elektrik.

Komen