Carian
Belanjawan 2024 : Pembangunan Identiti Digital Nasional (IDN) Akan Disegerakan
October 13, 2023 Aman

Ketika Belanjawan 2024 hari ini, kerajaan turut mengumumkan yang mana akan mempercepatkan dan segerakan pembangunan Identiti Digital Nasional (IDN) sebagai sebuah platform pengesahan diri yang dipercayai.

iDsaya

Dengan adanya sokongan Identiti Digital Nasional, ia dijangka akan memudahkan integrasi identiti untuk penggunaan urusan kerajaan dan swasta. Ini sekaligus akan meningkatkan lagi pendigitalan di Malaysia, dan memudahkan pelbagai urusan di pejabat mahupun secara atas-talian. Kerajaan menyatakan Unit Nukleus GovTech telah diwujudkan untuk membina kepakaran dalaman – yang turut akan memudahcara pembangunan Identiti Digital Nasional, serta aplikasi lain dengan kos yang optimum.

Buat masa ini, beberapa pihak telah mula membangunkan platform identiti digital tersendiri. Salah satunya adalah Pos yang telah memperlihatkan sokongan IDsaya baru-baru ini.

Dengan perkongsian baharu ini, mungkin ini kita akan melihat pengenalan fasa awal IDN seawal tahun 2024 ini.

Komen