Belanjawan 2024 : TNB, Gentari Dan Tesla Melabur RM170 Juta Untuk 180 Pengecas EV Di Malaysia
October 13, 2023
Kewangan
Fahim Zahar
Pembentangan Belanjawan 2024 hari ini turut menekankan penggunaan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia. Ini adalah untuk menggalakkan lagi rakyat menerima penggunaan EV. Oleh yang demikian kerajaan telah mengalu-alukan pelaburan melebihi RM170 juta.

Pelaburan ini adalah oleh TNB, Gentari dan Tesla Malaysia bagi memasang 180 setesen pengecas EV di Malaysia. Ini bermakna tidak lama lagi Malaysia akan mempunyai lebih banyak stesen pengecas EV yang akan memudahkan lagi pemilik-pemilik kenderaan elektrik yang semakin meningkat.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.