Sewaktu pembentangan Belanjawan 2024, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menggesa pengusaha PMKS (perusahaan mikro, kecil, sederhana) untuk segera beradaptasi dengan teknologi dan pendigitalan produk dan perkhidmatan mereka bagi menembusipasaran yang lebih luas. Pihak kerajaan dilihat akan memperhebat usaha mendorong PMKS untuk meningkatkan tahap daya saing melalui peralihan model perniagaan secara automasi dan pendigitalan.
Untuk membantu mereka, beliau telah mengumumkan beberapa geran dan insentif untuk memudahkan proses penaiktarafan perniagaan mereka. Pertama, RM100 juta akan disediakan bagi menyediakan geran
pendigitalan sehingga 5,000 ringgit untuk manfaat lebih 20 ribu usahawan PMKS. Geran ini boleh digunakan untuk menaik taraf sistem jualan, inventori dan perakaunan digital.
Kedua, dana pinjaman sebanyak RM900 juta di bawah Bank Negara Malaysia akan disediakan untuk
menggalakkan syarikat PKS meningkatkan produktiviti perniagaan melalui automasi dan pendigitalan.
RM40 juta juga akan disediakan bagi melaksanakan Program Shop Malaysia Online untuk menggalakkan peniaga kecil khususnya dalam bidang makanan untuk berniaga dari rumah.
Pusat Ekonomi Digital di setiap DUN akan terus diperkasa untuk menyokong pengusaha kecil menjual produk secara dalam talian dengan peruntukan sebanyak RM25 juta.