Melalui pembentangan Belanjawan 2024 hari ini, kerajaan kini berkongsi menyatakan Putrajaya akan dijadikan model bandar rendah karbon Malaysia.
Melaluinya, kerajaan akan mula memasang panel solar di atap bangunan Kerajaan, dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad dan juga Gentari.
Disamping itu, pentadbiran persekutuan juga akan mula menggunakan kenderaan elektrik sebagai kenderaan rasmi.
Dengan langkah ini, ia dijangka akan menjadikan Putrajaya sebagai model bandar rendah karbon di Malaysia, dan boleh direplika di bandar-bandar lain selepas itu.