Belanjawan 2024: Pelepasan Cukai Sehingga RM2500 Untuk Pemasangan Pengecas EV Di Rumah
October 13, 2023
Kewangan
Fahim Zahar
Di Belanjawan 2024, selain menyebut mengenai penambahan pemasangan lebih banyak stesen pengecas EV di Malaysia dan rebat untuk pembeli motosikal elektrik – kerajaan turut mengumumkan pelepasan cukai kepada pemilik-pemilik EV.

Sebanyak RM2500 pelepasan cukai untuk 4 tahun akan diberikan untuk perbelanjaan kemudahan pengecas. Selain itu, potongan cukai turut akan diberikan kepada kos sewaan EV selama dua tahun. Dengan pengumuman ini, beban rakyat untuk pemasangan pengecas kenderaan elektrik di rumah dikurangkan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.