Pada tahun ini, kerajaan telah memperkenalkan inisiatif FLYsiswa, yang mana melaluinya kerajaan memberikan subsidi sebanyak RM300 untuk pembelian tiket penerbangan bagi pelajar universiti awam.
Bantuan ini dikhususkan untuk pelajar Sabah dan Sarawak yang belajar di Semenanjung Malaysia, serta juga untuk pelajar Semenanjung Malaysia yang belajar di Sabah dan Sarawak.
Untuk tahun 2024, inisiatif ini akan diteruskan, dan dijangka memberikan manfaat kepada hampir 60,000 orang pelajar daripada keluarga kurang mampu.