Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim berkongsi menyatakan salah satu perkara yang sering diadu oleh pelajar ketika program Temu Anwar, adalah masalah capaian internet yang lemah di universiti.
Selari dengannya, kini kerajaan mengumumkan peruntukkan sebanyak RM250 juta untuk menggantikan dan meluaskan capaian Wi-Fi di semua universiti awam seluruh negara.
Dengan langkah ini, para pelajar dijangka akan dapat menikmati kadar liputan dan capaian internet yang lebih baik di universiti – sekaligus memudahkan lagi pembelajaran pada era digital kini.
Peruntukkan yang disediakan ini adalah termasuk RM5 juta untuk melaksanakan projek pendigitalan hospital pengajar universiti.