Belanjawan 2024: RM60 Juta Diperuntukkan Untuk Keselamatan Siber 5G
October 13, 2023
Kewangan
Fahim Zahar
Beberapa hari lepas, Menteri Komunikasi dan Digital iaitu Fahmi Fadzil memberitahu yang liputan 5G telah mencapai sehingga 70.2% di kawasan berpenduduk di Malaysia. Hari ini, Belanjawan 2024 telah mengumumkan peruntukan untuk keselamatan siber pula.

Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM60 juta untuk CyberSecurity bagi membangunkan rangka kerja Penguujian Keselamatan Siber 5G dan juga kepakaran tempatan terhadap teknologi 5G. Ini adalah untuk persediaan sebagai perlindungan terhadap ancaman serangan siber yang boleh berlaku pada bila-bila masa.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.