Carian
Belanjawan 2024 : Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) Akan Ditubuhkan Di UTM
October 13, 2023 Aman

Pada hari ini, kecerdasan buatan menjadi bualan ramai, dengan lebih ramai bergantung dan menggunakannya dalam melakukan pelbagai tugasan – termasuk penggunaan seperti ChatGPT, DALL-E, Google Bard, Bing Chat, dan sebagainya.

Selari dengannya, Malaysia turut tidak ingin ketinggalan, dan kerajaan kini mengumumkan pusat pengajian kecerdasan buatan pertama negara, iaitu Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) di Universiti Teknologi Malaysia.

Sebanyak RM20 juta ringgit disediakan sebagai peruntukkan awal dalam membangunkannya. Ia juga dijangka akan membantu dalam memperhebat penerokaan bidang AI rentas disiplin ilmu.

Komen