Carian
Belanjawan 2024 – RM2 Bilion Untuk Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR)
October 13, 2023 Effi Saharudin

Dana sebanyak RM2 bilion diperuntukkan untuk Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR). Menerusi NETR enam pemacu utama telah dikenalpasti iaitu tenaga boleh baharu, hidrogen, mobiliti hijau serta pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon.

Selain itu, Institusi Kewangan juga menyediakan dana pembiayaan dengan nilai RM200 bilion untuk mendorong industri beralih ke arah ekonomi rendah karbon. Ini adalah bagi memenuhi sasaran negara mencapai 70% kapasiti tenaga boleh baharu menjelang 2050.

Kesemua inisiatif NETR dan juga pelan sifar karbon melibatkan subsidi pengecas kenderaan elektrik serta pembelian motosikal yang diumumkan hari ini diharap mengurangkan impak ke atas alam sekitar di Malaysia yang turut terkesan dengan perubahan iklim dunia.

Komen