CelcomDigi sedia mengumumkan kemaskini harga pelan jalur-lebar mereka, sekaligus menyamai penawaran Unifi yang baharu. Selari dengannya juga, CelcomDigi mengumumkan pelanggan sedia ada akan menerima kemaskini harga pelan baharu bermula November 2023 kelak.
Dengan langkah ini, CelcomDigi dilihat mengemaskini harga langganan pengguna, dan bukannya menawarkan kemaskini kepada kelajuan jalur-lebar. Tiada kemaskini tempoh kontrak dilaksanakan untuk pembaharuan pelan langganan ini.
Melalui kemaskini ini, berikut merupakan harga langganan bulanan baharu untuk pengguna CelcomDigi Fibre sedia ada:
- 50Mbps – RM85 (RM75 selepas rebat pascabayar)
- 100Mbps – RM99 (RM89 selepas rebat pascabayar)
- 300Mbps – RM139 (RM97 selepas rebat pascabayar)
- 500Mbps – RM159 (RM149 selepas rebat pascabayar)
- 800Mbps – RM249
- 1Gbps – RM289 (RM269 selepas rebat pascabayar)
Perubahan harga baharu ini dilihat mungkin tidak memberikan perbezaan harga yang sangat jauh kepada pelanggan sedia ada. Hal ini adalah kerana nilai rebat kini dikurangkan kepada pengguna pascabayar kepada hanya RM10 (dan RM0 untuk pelan 800Mbps) – berbanding sebelum ini yang rebat mencapai sehingga RM30 sebulan. Malah, pengguna pelan 50Mbps tidak menikmati sebarang perubahan harga berbanding sebelum ini sekiranya menikmati rebat pascabayar, dan perlu kekal membayar RM75 sebulan.
Jadi, adakah anda lebih mengemari kaedah rebat sebegini atau seperti mana yang dilaksanakan oleh Unifi?