Carian
50% Kawasan Luar Bandar Disasarkan Menerima Liputan 5G Menjelang Pertengahan 2024
October 16, 2023 Aman

Timbalan Perdana Menteri kini berkongsi menyatakan kerajaan menyasarkan untuk memastikan kadar liputan 5G di kawasan luar bandar mencapai kadar 50%, sekurang-kurangnya menjelang pertengahan tahun 2024 kelak.

Pada masa yang sama, kerajaan juga akan berusaha memastikan liputan 5G di kawasan luar bandar mencapai 85% menjelang penghujung 2024. Dengan langkah ini, ia akan memastikan penduduk luar bandar tidak ketinggalan dalam menikmati rangkaian 5G.

Rangkaian 5G dijangka akan menguntungkan lebih banyak perusahaan dan kilang dalam melakukan automasi dan meningkatkan produktiviti – disamping membawa liputan rangkaian lebih laju untuk pengguna umum.

Secara keseluruhan, kerajaan menyasarkan kadar liputan mencapai 80% kawasan berpenduduk di Malaysia menjelang penghujung 2023 ini.

Komen