Merancang untuk membeli iPad baharu? Mungkin anda boleh tangguhkan perancangan berkenaan untuk beberapa hari. Mengikut desas-desus terkini, Apple dikatakan mungkin mengumumkan siri iPad baharu pada minggu ini.

Antara model yang dijangka akan menerima kemaskini seawal minggu ini adalah iPad Air, iPad Mini, dan juga iPad model asas sendiri. Apple dijangka mengumumkan lebih kepada kemaskini spesifikasi untuk model-model berkenaan, dan masih mengekalkan rekaan yang lebih kurang sama seperti generasi sedia ada.
Model dibawah iPad Pro pula dijangka hanya akan dikemaskini pada tahun hadapan sahaja, dengan spesifikasi lebih tinggi, serta cip pemprosesn baharu.
Apa pun, sama-sama kita nantikan sekitar Selasa atau Rabu ini untuk melihat sendiri apakah kejutan yang disediakan Apple melalui siri iPad baharu mereka.