Carian
Adakah Ini Xiaomi 14? Imej Pengolokan Tertiris Dengan Bonggol Kamera Gergasi
October 16, 2023 Fahim Zahar

Xiaomi tahun ini benar-benar telah mengubah industri telefon pintar dengan kemampuan kamera Leica pada Xiaomi 13, Xiaomi 13 Pro, Xiaomi 13 Ultra atau juga Xiaomi 13T dan 13T Pro. Dengan perkembangan sihat ini, kini jenama yang dibangunkan oleh Lei Jun ini bakal melancarkan siri Xiaomi 14 pula.

OnLeaks terkini telah mendedahkan imej pengolokan XIaomi 14 ini dan ia dilihat hadir dengan bonggol kamera gergasi. Bonggol kamera ini mungkin antara yang paling besar pernah kami lihat untuk peranti tahun 2023. Menurut sumber, bonggol kamera ini berkemungkinan adalah 13.1mm tebal.

Xiaomi turut dikatakan akhirnya menggunakan rekaan rata atau pipih pada Xiaomi 14 ini. Saiz skrin dikatakan sekitar 6.6″ dengan sokongan kadar segar semula 120Hz. Buat masa ini spesifikasi kamera masih belum didedahkan lagi, tetapi dijangka akan hadir dengan sokongan zum periskop yang lebih baik, kemampuan potret dan sudut ultra lebar yang lebih bagus dengan teknologi Leica.

Cip pemprosesan belum disahkan lagi tetapi besar kemungkinan adalah Snapdragon 8 Gen 3 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Jika Xiaomi mengikut trend pengeluar peranti China lain, penawaran memori mungkin boleh mencapai 24GB RAM dengan 1TB storan dalaman. Sama-sama kita nantikan lanjutan berkenaan Xiaomi 14 ini.

Komen