Tahun-tahun 2022 dan 2023 memperlihatkan banyak syarikat-syarikat konglomerat, khususnya dalam sektor teknologi telah mengurangkan tenaga pekerja mereka kerana kerisauan bahawa mereka telah mengambil terlalu ramai pekerja sewaktu pandemik COVID-19.
Terkini, platform media sosial golongan profesional Blind telah membuat satu penilaian besar terhadap CEO-CEO syarikat-syarikat terbesar di dunia, dimana mereka telah meminta para pekerja syarikat-syarikat tersebut untuk menilai sendiri samada CEO mereka adalah bagus ataupun tidak.
Diantara kriteria yang digunakan untuk penilaian ini termasuklah prestasi syarikat, pengurusan tenaga kerja dan juga tangga gaji syarikat. Tiga CEO dengan peratusan positif tertinggi termasuklah Jensen Huang, CEO NVIDIA, Doug McMillon, CEO Walmart dan Nikesh Arora, CEO Palo Alto Networks.
CEO-CEO terkemuka yang disukai para pekerja mereka yang lain termasuklah Tim Cook, CEO Apple, Lisa Su, CEO AMD, dan Pat Gelsinger, CEO Intel.
CEO-CEO dengan peratusan penilaian tercorot didalam senarai ini termasuklah Linda Yaccarino, CEO X, David Goeckeler, CEO Western Digital dan John Riccitiello, CEO Unity Technologies, yang baru sahaja meletakkan jawatan pada minggu lepas kerana insiden kenaikan harga langganan perisian pembangunan permainan mereka.
Diantara kriteria yang dilihat selari dengan semua CEO yang mempunyai npenilaian tercorot ialah isu pengurusan tenaga pekerja. Semua CEO-CEO tersebut dilihat telah membuang pekerja dalam bilangan yang sangat besar tanpa melakukan apa-apa perubahan untuk menjadikan syarikat tersebut lebih cekap.
Menurut laporan Blind, seramai 13,171 pekerja telah menyertai penilaian ini, dan prestasi 103 orang CEO dinilai oleh para pekerja mereka sendiri secara awanama yang memperlihatkan purata penilaian setinggi 32 peratus sahaja.