Carian
CelcomDigi Dan Time dotCom Umum Kerjasama – Membolehkan CelcomDigi Tawar Perkhidmatan Fiber Guna Infrastruktur Time
October 16, 2023 Aman

CelcomDigi dan Time dotCom hari ini mengumumkan kerjasama strategik, sekaligus membolehkan pihak CelcomDigi memperluaskan lagi capaian perkhidmatan internet fiber mereka kepada para pengguna. Melalui kerjasama ini, CelcomDigi akan menggunakan infrastruktur jalur-lebar Time dalam menawarkan perkhidmatan internet CelcomDigi, dengan pelan sehingga 1Gbps serta menawarkan kelajuan simetri untuk muat-naik dan turun.

Dengan langkah ini, kita akan dapat melihat perkhidmatan CelcomDigi dipasarkan dengan lebih meluas, terutamanya dibangunan tinggi yang sedia disokong Time.

Perkongsian CelcomDigi ini hadir selepas mereka mengumumkan pelan internet baharu, dengan akses berkelajuan 100Mbps bermula RM99 sebulan.

Komen