Carian
Honor Watch 4 Pro Dilancarkan Secara Rasmi Dengan eSIM Dan Bateri 10 Hari
October 16, 2023 Amy Maizuraa

Honor Watch 4 Pro telah dilancarkan secara rasmi di China dengan gabungan kerangka bulat bersama dua butang yang termasuk tombol berputar di sisi. Ia juga berbeza sama sekali dengan elemen yang digunakan oleh Watch 4 di mana kemasannya serlah elemen premium yang juga diberi naiktaraf sepatutnya.

Skrin adalah sebesar 1.5-inci LTPO AMOLED dengan fungsi Always-on-display terbina. Ini digabung pula dengan sensor optik lapan saluran untuk pengesanan lebih baik, di samping pilihan eSIM dan LTE. Turut disertakan ialah pembesar suara terbina bagi tujuan panggilan yang boleh dibuat terus daripada pengelangan tangan.

Bateri disertakan pula boleh bertahah sehingga 10 hari denga penggunaan biasa. Kemudiannya berkurang menjadi 3 hari apabila digunakan dalam mod eSIM. Sokongan pengecasan nirwayar juga disokong oleh jam tangan ini dengan kuasa output 4.5W. Lain-lain spesifikasi termasuklah GPS, NFC, bluetooth 5.2 dan kalis air 50 meter.

Harga jualan adalah bermula RMB1,599 (~RM1,036) untuk tali jenis silikon dan RMB1,799 (~RM1,166) untuk tali kulit.

Komen