Carian
Vivo Akan Memperlihatkan OriginOS 4 Pada 1 November
October 16, 2023 Amy Maizuraa

Vivo bakal mengadakan Vivo Developer Conference 2023 dengan tema “Concentric. Accompanied”. Dijadualkan berlangsung pada 1 November 2023 di Shenzhen, ia bakal menarik perhatian ramai dengan tiga produk berasaskan perisian utama yang menjanjikan naiktaraf yang ketara dalam landskap teknologi mudah alih.

Ini termasuklah pengenalan kemaskini pelancar baharu berasaskan Android untuk telefon pintar mereka di China iaitu OriginOS 4. Sementara itu, pasaran global, termasuk Malaysia akan terus menggunakan Funtouch OS 14.

Ia bukan sahaja direka bagi memastikan pengalaman yang lancar, malahan turut dijangka menawarkan prestasi yang lebih baik. Turut diberikan ialah peningkatan antaramuka pengguna dan pelbagai ciri baharu untuk peranti berasaskan Android. Selain juga dijangka mengambil inspirasi daripada ciri-ciri FunTouch OS 14 tetapi diberi peningkatan dan fungsi baharu.

Dalam pada itu Vivo juga dikatakan bakal membuat lonjakan ketara dalam keupayaan AI menerusi AI Big Model yang dibangunkan sendiri dalam acara tersebut. Namun seperti biasa nantikan kemaskini penuh pada 1 November akan datang.

Komen