Minecraft merupakan salah satu permainan unik yang mencabar kreativiti dan mempunyai ramai peminat seluruh dunia – terutamanya dalam kalangan pemain remaja. Ia juga turut digunakan sebagai bahan bantu mengajar melalui penawaran Minecraft Education.
Terbaru, syarikat yang kini dimiliki oleh Microsoft berkenaan mengumumkan mereka telah terjual lebih 300 juta salinan sehingga kini – sekaligus menjadikan Minecraft sebagai permainan yang paling popular di dunia.
Jikalau dibandingkan, Grand Theft Auto V yang menduduki tangga kedua masih jauh untuk mengejarnya dengan terjual 185 juta salinan, sementara Tetris (EA) pula terjual 100 juta salinan.
Walaupun telah hampir 15 tahun dilancarkan, pihak Minecraft terus giat menambah ciri-ciri dan fungsi baharu pada permainan berkenaan. Ia sebelum ini telah dilancarkan secara rasminya pada 2011, walaupun telah diuji sejak 2009 dalam bentuk beta.