Carian
Mydin Akan Menyediakan Pengecas Kereta Elektrik ChargeSini Di Cawangan Seluruh Negara
October 16, 2023 Aman

Mydin dan ChargeSini hari ini memeterai perjanjian kerjasama, dimana melaluinya, ChargeSini akan menyediakan stesen pengecas kereta elektrik mereka di cawangan-cawangan Mydin di Malaysia.

Langkah ini juga dijangka akan menguntungkan kedua-dua pihak, serta sekaligus mempromosikan lagi penggunaan kenderaan elektrik lebih meluas. Untuk ChargeSini, mereka akan dapat terus membangunkan liputan rangkaian pengecas mereka, sementara untuk Mydin pula akan dapat menyediakan infrastruktur pengecasan kenderaan elektrik untuk pengunjung dan membolehkan pengguna kereta elektrik untuk meluangkan masa di kedai atau cawangan mereka sementara tunggu pengecasan.

Buat masa ini, kedua-dua pihak sekadar mengumumkan kerjasama sahaja. Sokongan pengecasan dijangka tersedia di 12 cawangan Mydin menjelang penghujung November 2023 ini, dan diikuti dijangka disokong di semua cawangan Mydin menjelang suku pertama 2024 kelak.

Komen