Firefox merupakan salah satu pelayar web popular yang dibangunkan oleh Mozilla. Dibawah mereka juga, versi pembangunan awal untuk Firefox dinamakan sebagai Firefox Nightly, dan menjadi medan untuk melakukan pelbagai ujian dan pembangunan untuk versi akan datang.
Melalui Firefox Nightly baharu sebelum ini, ia telah dikongsikan yang mana mereka berjaya mengurangkan penggunaan tenaga sehingga 25% ketika menonton video YouTube. Ini merupakan berita baik untuk para pengguna komputer riba, dan membolehkan mereka menggunakan tenaga bateri untuk jangka masa lebih lama sekiranya mengakses YouTube.
Dengan perkongsian ini juga, kita mungkin melihat kemaskini baharu ini hadir pada versi stabil tidak lama lagi. Untuk makluman, buat masa ini penggunaan tontonan video ini dioptimasikan pada Windows sahaja, dan bukan untuk platform lain buat masa ini.