Cari @ Amanz

Beberapa minggu lepas, kita telah mendengar X atau dahulunya dikenali dengan nama Twitter memperlahankan capaian kepada beberapa perkhidmatan web yang dianggap sebagai pesaing. Kini, turut menambah kepada senarai berkenaan adalah capaian untuk Patreon dan juga WhatsApp.

Ia dilihat mungkin X menganggap Patreon sebagai platform pesaing yang dibawah kategori untuk pencipta kandungan, sementara untuk WhatsApp pula mungkin kerana faktor permesejan.

Mengikut semakan The Markup, adakalanya capaian kepada pautan berkaitan yang diklik daripada X dilambatkan atau diperlahankan sehingga 2.5 saat sebelum dihubungkan.

Bagi anda yang berminat, turut boleh melakukan semakan melibatkan pautan anda melalui aplikasi khusus yang disediakan oleh The Markup.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd