Cari @ Amanz

Kita sudah menghampiri penghujung tahun dan berapakah baki cuti anda tahun ini? Jika masih banyak yang belum digunakan, inilah masanya untuk habiskannya dengan pergi bercuti di tempat-tempat menarik di Malaysia. Tetapi jangan lupa untuk bawa mana-mana telefon pintar Samsung daripada siri Galaxy S bersama anda. Ini kerana anda berpeluang untuk memenangi percutian ke Korea dengan hanya merakamkan momen-momen indah semasa percutian anda di Malaysia.

Bagaimana Untuk Menang Percutian Ke Korea?

Caranya mudah sahaja. Jika anda adalah rakyat Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas, anda cuma perlu pergi bercuti ke tempat-tempat menarik di Malaysia dan serlahkan kehebatan anda dalam fotografi menggunakan mana-mana telefon Samsung daripada model siri Galaxy S yang anda ada. Muat naik gambar tersebut di media sosial dengan tanda pagar #GotheStraMile #GalaxyS23 dan jangan lupa tag @samsungmalaysia di Instagram. Anda juga perlu membuat pendaftaran melalui laman rasmi yang pihak Samsung Malaysia sediakan.

Untuk pengetahuan anda, pertandingan ini sudahpun berjalan dan akan tamat pada 31 Oktober 2023 kelak pada pukul 11:59PM. Jika anda tertanya-tanya tentang bolehkah anda menghantar penyertaan banyak kali, jawapannya adalah mestilah boleh. Anda boleh menghantar penyertaan sebanyak mana yang anda mahukan.

Bagi membolehkan pihak Samsung menilai hasil gambar anda, anda perlulah tetapkan akaun media sosial anda kepada tontonan umum. Tetapi jika terdapat akaun palsu yang membuat menyertaan untuk pertandingan ini, akaun ini akan hilang kelayakan serta merta. Oleh itu, amat digalakkan untuk menggunakan akaun sendiri bagi memudahkan proses pemilihan pemenang nanti.

Untuk pengetahuan anda, hasil gambar diatas merupakan hasil gambar yang diambil menggunakan Samsung Galaxy S22 Ultra yang dilengkapi dengan kamera utama 108+12+10+10MP bersama kamera swafoto 40MP. Dengan kamera Samsung Galaxy S seperti ini, bolehlah anda menghasilkan gambar yang berkualiti dan mungkin berpeluang untuk memenangi percutian di Korea kelak.

Bagaimana Ingin Tahu Jika Anda Adalah Pemenangnya?

Seramai 6 orang peserta terbaik akan dipilih sebagai pemenang. Hasil rakaman yang dihantar akan dinilai oleh 6 jurugambar profesional berdasarkan beberapa kriteria yang ditetapkan seperti kreativiti dan keunikan lokasi yang dipaparkan dalam gambar yang telah dihantar.

Pengumuman pemenang akan dibuat pada 13 November 2023 dan para pemenang akan menerima emel daripada Samsung Malaysia. Oleh itu, jangan lupa untuk sertakan sekali emel anda ketika membuat penyertaan nanti. Anda perlulah menuntut hadiah ini dalam masa 5 hari selepas emel diterima.

Hadiah yang bakal diterima ini adalah dalam bentuk tiket penerbangan kelas Ekonomi dua hala, tempat penginapan untuk 4 hari, pengangkutan di antara lapangan terbang ke tempat penginapan pada ketibaan dan pelepasan pulang serta duit poket untuk 3 kali makan setiap hari. Anda juga bakal menerima insurans perjalanan untuk perlindungan anda semasa percutian ini, tetapi tidak termasuk jika kelewatan, pembatalan penerbangan, kehilangan wang, kemalangan dan sebagainya.


Jadi tunggu apa lagi? Pergi melawat tempat-tempat menarik di Malaysia dan jangan lupa untuk bawa bersama Samsung siri Galaxy S yang anda ada untuk serlahkan kreativiti fotografi anda ketika bercuti. Sertai pertandingan ini sementara penyertaan masih lagi dibuka. Rancang percutian anda dengan bijak tahun ini untuk percutian percuma pada tahun hadapan. Terokai Malaysia dengan keunikan S-tra dan menangi percutian percuma ke Korea.

Penafian : Advertorial daripada Samsung Malaysia

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd