Blue Origin merupakan salah satu syarikat memfokuskan aeroangkasa yang dimiliki oleh Jeff Bezos, dan telah melakukan beberapa misi angkasa sebelum ini. Terbaru, Blue Origin mengumumkan sebuah platform kapal angkasa baharu, dinamakan Blue Ring.
Melalui Blue Ring, platform berkenaan akan memfokuskan kepada penyediaan perkhidmatan logistik dan penghantaran di angkasa. Blue Ring akan meliputi misi di orbit Bumi sehingga ke ruang bumi-qamari, dan akan menawarkan perkhidmatan menyeluruh meliputi pengehosan, penghantaran, isian kembali, penghantaran data, logistik, dan juga sokongan perkomputeran awan di angkasa.
Blue Ring ini akan menyokong penghantaran melibatkan kapasiti lebih 3000 kilogram melaluinya. Dengan penawaran ini, Blue Origin dilihat mengatasi masalah yang sukar dilakukan pelbagai agensi angkasa dan kerajaan sebelum ini.